Saturday 26 September 2015

Bab 5:Tenaga dan perubahan kimia

                                               
                                                 Tenaga dan perubahan kimia

Bahan radioaktif ialah unsur yang :-
a. nukleusnya tidak stabil
b. nukleusnya mereput secara spontan
c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)



Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller, Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.

Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.


SINARANALFABETAGAMMA
Kuasa penembusanBoleh dihalang oleh sekeping kertasBoleh dihalang oleh kepingan aluminium sepanjang 3mmBoleh dihalang oleh kepingan plumbum sepanjang 10cm
Ciri runut dalam kebuk awanlurus dan tebalgaris halus dan bergelombangpendek, halus dan bertaburan
   Cas  Positif      Negatif
   neutral


4. KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF

Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan radioaktif.

KESAN AKIBATKESANCARA MENGATASI
KEMALANGANalam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulanPenggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIFalam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejasPembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.
PEPERANGANPembinaan senjata pemusnah yang besarMenghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata


Cara penyimpanan bahan radioaktif ialah :-
  • Menyimpan dalam kotak plumbum yang tebal.
  • Bilik penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.

Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti
  • memakai "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem
  • menggunakan robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.

5. BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN


  • Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. 
  • Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. 
  • Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. 
  • Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia.
  • Pada masa hadapan mungkinkah kita akan menggunakan "kereta nuklear" yang berupaya menyimpan tenaga untuk kegunaan berpuluh-puluh tahun.







Bab 4:Jirim dan Bahan

JIRIM DAN BAHAN

1. JIRIM SENTIASA BOLEH BERUBAHSama dengan 'mood' kita, jirim boleh berubah-ubah. Ini diterangkan melalui teori kinetik jirim. Teori Kinetik Jirim menyatakan bahawa jirim berada dalam keadaan Pepejal, Cecair dan Gas. Teori ini juga menyatakan bahawa jirim adalah terdiri dari atom yang berbentuk sfera (macam bola ping pong). Atom ini sentiasa bergetar atau bergerak dan boleh berlanggar antara satu sama lain.


KEADAAN JIRIMSIFAT ATOMNYACONTOH
PEPEJALAtom tersusun rapat dan hanya bergetarAis
CECAIRAtom renggang sedikit dan boleh bergerak dengan mudah.Air
GASAtom berjauhan dan bergerak laju.Stim


Fenomena Gerakan Brown merupakan pergerakan rawak zarah pepejal atau cecair jika diperhatikan dalam mikroskop. Zarah ini berlanggar antara satu-sama lain. Apabila terkena dinding bekas ia boleh melantun.

Oleh kerana zarah sentiasa bergerak ia boleh meresap antara celah-celah zarah lain. Proses ini dinamakan Resapan. Zarah bergerak ke kawasan yang mempunyai sedikit zarah. Contohnya jika gula-gula dibiarkan dalam cecair, zarah gula itu akan meresap ke seluruh cecair.

Pergerakan zarah bergantung kepada suhu persekitarannya. Semakin tinggi suhu jirim, zarah didalamnya mempunyai tenaga kinetik tinggi. Ini menghasilkan pergerakan yang lebih cepat.
Ramai saintis telah mengkaji dengan mendalam tentang atom. Antara saintis yang terawal mengkajinya ialah John Dalton. Beliau telah mengemukakan satu teori bahawa atom ialah satu sfera keras. Setelah menjalankan penyiasatan, saintis-saintis lain telah mengubah teori ini sehinggalah pada masa sekarang, model atom moden telah diperkenalkan.



Model atom moden menyatakan bahawa terdapat 3 jenis zarah subatom :


a. proton - terdapat dalam nukleus atom dan bercas +
b. neutron - terdapat dalam nukleus atom dan TIADA cas.
c. elektron - berputar-putar di sekeliling nukleus dan bercas -



Konsep nombor proton dan nombor nukleon juga telah diperkenalkan.

Nombor Proton = bilangan proton dalam unsur.

Nombor Nukleon = proton + neutron.


Jika suatu unsur mengandungi 3 proton, 3 elektron dan 4 neutron, nombor proton unsur itu ialah 3 dan nombor nukleonnya ialah 7. Unsur sama yang mempunyai nombor nukleon yang berbeza disebut sebagai isotop.


2. UNSUR-UNSUR DISUSUN DALAM JADUAL

Dalam dunia kita terdapat banyak unsur-unsur yang mempunyai sifat-sifat yang berbeza. Supaya tidak mengelirukan, para saintis telah bersetuju untuk menulis semua unsur-unsur ini dalam satu jadual secara sistematik. Jadual ini dinamakan "Jadual Berkala" [PeriodicTable]. Jadual berkala amat penting kepada saintis kerana mereka boleh meramalkan sifat-sifat logam yang belum diketahui dengan hanya melihat kedudukannya dalam jadual tersebut.

Dalam jadual berkala :a. unsur disusun menaik mengikut no. proton.
b. Kumpulan ialah turus menegak
c. Kala ialah baris melintang


3. BAHAN Atom,Molekul,Ion
Unsur-unsur didunia pula tidak semestinya wujud secara tulen. Unsur-unsur ini mungkin bergabung antara satu sama lain membentuk "bahan".

Terdapat 3 jenis bahan :


BAHANKANDUNGANCONTOH BAHAN
ATOMTerdiri dari satu sejenis unsur sahaja.logam besi, logam kuprum
MOLEKULterdiri dari sejenis unsur yang bergabung atau gabungan unsur berlainan jenis.air, sulfur
IONterdiri dari gabungan unsur-unsur yang mempunyai cas + dan cas -.garam-garam


Ketiga-tiga bahan ini mempunyai sifat fizikal yang berbeza disebabkan tarikan antara zarah-zarah di dalamnya.

ATOMMOLEKULION
Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan logam"Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah. Daya ikatan ini disebut "ikatan kovalen"Daya tarikan antara zarah-zarah adalah sangat kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan ionik"
takat lebur tinggitakat lebur rendahtakat lebur tinggi
Selalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilikBoleh berada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas dalam suhu bilikSelalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Boleh mengalirkan arus elektrikTidak boleh mengalir arus elektrikHanya mengalirkan arus dalam keadaan leburan sahaja


4. LOGAM DAN BUKAN LOGAM

Selain daripada mengelaskan bahan kepada bahan A,M,I, bahan juga boleh dikelaskan kepada bahan logam dan bukan logam.

Kedua-duanya mempunyai ciri yang berbeza.


LOGAMBUKAN LOGAM
BerkilatTidak berkilat
"Mulur" - boleh ditarik menjadi wayarTidak mulur
Boleh "ditempa" - diketuk untuk menukar bentukTidak boleh ditempa
Kekuatan regangan tinggi - tidak mudah putusKekuatan regangan rendah
Mudah mengalirkan haba dan elektrikTidak mudah mengalirkan haba dan penebat elektrik


Bahan logam dan bukan logam mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian.

LOGAMBUKAN LOGAM
Emas - digunakan sebagai barang kemas.
Besi - digunakan untuk membuat jambatan.
Zink - digunakan untuk membuat bekas sel kering (bateri).
Karbon - digunakan untuk membuat mata pensel.
Klorin - digunakan untuk membasmi kuman dalam kolam mandi.
Sulfur - digunakan untuk membuat ubat.

5. PENULENAN BAHAN

Tidak semua bahan yang wujud semulajadi adalah tulen. Sebelum kita menggunakan bahan-bahan itu, kita harus menjalankan proses penulenan.

Terdapat 2 cara penulenan bahan :
a. penyulingan - sesuai untuk mengasingkan C&C atau P&C
b. penghabluran - sesuai untuk mengasingkan hablur dari larutannya.

Bahan tulen banyak keistimewaan. Oleh sebab bahan tulen mempunyai takat lebur dan takat didih yang tetap, unsur-unsur tulen boleh dikenalpasti dengan senang. Contohnya air tulen mempunyai takat didih 100oC. Jika satu sampel air mempunyai takat didih 104oC maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa air itu tidak tulen.

Pengetahuan manusia tentang cara menulenkan bahan telah menghasilkan banyak kebaikan. Bagi sesetengah negara yang kekurangan air, mereka boleh menyulingkan air laut untuk mendapatkan sumber air minuman. Garam adalah sejenis bahan yang diperolehi dari penghabluran garam dari air laut. Ini jelas menunjukkan akal dan pengetahuan sains penting untuk kehidupan seharian.

Sunday 6 September 2015

BAB 3:VARIASI DAN KETURUNAN

KETURUNAN DAN VARIASI

1. MEMAHAMI PROSES PEMBAHAGIAN SEL
  • Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus.
  • Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak.
  • Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.
  • Gen terletak dalam Kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.
  • Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi.
  •  Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. 
  • Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. 
  • Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. 
  • Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk (46 kromosom).

Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.

MITOSIS MEIOSIS
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi


2. PERWARISAN SIFAT

  • Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma mempunyai sepasang kromosom yang membawa sepasang gen. 
  • Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. 
  • Terdapat dua jenis gen iaitu gen dominan dan gen resesif.
  •  Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu menonjolkan cirinya pada organisma.
  •  Gen resesif adalah gen yang lemah. 
  • Ia tidak boleh menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan. 
  • Gen resesif hanya boleh menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.

Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut kajian saintis genetik beberapa contoh sifat dominan manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan menggulung lidah. [the ability to roll his tongue].

Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah. Bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa ke anak?.

Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan). Sperma dan ovum yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawa gen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan) mensenyawakan ovum yang membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.


Struktur kromosom dalam gamet :-
SPERMA OVUM
22+X atau 22+Y 22+X sahaja


Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom ini menentukan jantina seseorang.

3. KEJADIAN KEMBAR
Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh 'seekor' sperma. Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai fetus didalam uterus ibu. Puiii...banyaknya laras sains ni !!!!. Kebiasaanya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis kembar. Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah 1 kembar seiras (identical twins) dan kembar tak seiras (non-identical).
Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah akan menerangkannya dengan jelas kepada anda.

SEIRAS TAK SEIRAS
*satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma, zigot yang membahagi 2. (fantastik betul...)
*mempunyai kandungan genetik sama.
*ciri fizikal sama.
*berkongsi plasenta.
*jantina MESTI sama. *2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
*mempunyai kandungan genetik berbeza.
*ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
*plasenta berasingan.
*jantina mungkin sama atau berbeza.
Kembar yang satu lagi ialah kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi.

4. MUTASI

  • Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana terdapat kecacatan pada sel.
  •  Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation).
  •  Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan organisma.
  • Mari kita mengkaji mutasi secara mendalam.
  • Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara spontan. Para saintis genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.
  • Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. 
  • Perubahan ini akan menyebabkan ciri organisma berubah.
  • Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. 
  • Kita telah mengetahui bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. 
  • Gamet (sperma atau ovum) pula mempunyai 23 kromosom. 
  • Jika mutasi kromosom berlaku, sperma atau ovum mungkin membawa 22 atau 24 kromosom. 
  • Anak yang terhasil dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri yang amat berbeza dari ibu bapa.


Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut.
MUTASI GEN MUTASI KROMOSOM

  •  Bahan kimia dalam gen berubah.
  •  Contoh penyakit:Albino (Kulit putih) , Anemia sel sabit (kelihatan pucat), Hemofilia (darah tidak dapat membeku) , Buta warna. * Bilangan atau susunan kromosom telah berubah.
  • Contoh penyakit:Sindrom Down (mongolisme) , Sindrom Klinefelter (testis kecil).

 Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh bahan kimia beracun dan sinaran radioaktif. 

5. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN GENETIK KEPADA SEMUA

Terdapat 3 faedah penyelidikan genetik.

  • Pengklonan ialah teknik menghasilkan organisma yang serupa dengan induk. Pengetahuan mengenai pengklonan penting. Kita boleh menghasilkan haiwan ternakan yang mempunyai kualiti yang sama. Kita telah mengetahui tentang akibat buruk mutasi. Dengan adanya penyelidikan genetik, kita boleh mengetahui pelbagai sebab penyakit baka dan seterusnya boleh mengatasinya.
  • Ciri baka yang baik ialah :-tahan penyakit,boleh menyesuaikan diri kepada persekitaran ,mengeluarkan hasil banyak,hasil yang lebih enak,masa matang yang pendek


6. HIDUP DALAM DUNIA YANG PELBAGAI

  • Kita hidup dalam persekitaran yang sangat menyeronokkan. 
  • Ini adalah kerana kita mempunyai pelbagai kehidupan.
  •  Kehidupan yang sama pun mempunyai kepelbagaian. 
  • Contohnya manusia mempunyai ciri yang berbeza. Keadaan ini dinamakan variasi (Variation).
  • Sekali lagi....variasi ialah kepelbagaian benda hidup. 
  • Terdapat 2 jenis variasi iaitu variasi selanjar dan tak selanjar. 
  • Variasi selanjar ialah variasi yang tidak menunjukkan perbezaan sifat yang ketara contohnya ketinggian dan berat badan. 
  • Variasi tak selanjar pula menunjukkan perbezaan yang sangat ketara contohnya kebolehan menggulung lidah dan rambut kerinting-lurus.

  • Selain daripada unsur genetik (diperturunkan dari induk), variasi juga disebabkan faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan dan kesuburan tanah. 
  • Jika 2 klon pokok rambutan ditanam dalam dua tanah yang berbeza, sudah pastilah pokok yang ditanam di tanah yang subur akan menghasilkan buah yang lebih besar.
  • Selain daripada menyeronokkan, variasi juga mempunyai kepentingan lain. 
  • Dengan adanya variasi, kita boleh mengenalpasti organisma. 


  • Variasi juga membolehkan manusia membentuk spesis yang baru hasil dari kacukkan. 
  • Konsep ini digunakan dengan meluas apabila pelbagai spesis orkid baru dihasilkan dari percantuman variasi orkid. 
  • Variasi juga menyebabkan sesetengah organisma menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  • Dengan ini kita harus bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan kita variasi organisma. 
  • Kita juga harus bersyukur kerana kita sihat dan bebas dari ancaman mutasi. 
  • Adanya kesedaran bahawa gen boleh diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya, kita sepatutnya menghormati ibu bapa kita.